Wednesday, November 20, 2019
updated 11:04 AM UTC, Nov 20, 2019

Anak Donald Trump lancarkan buku, musuh politik bapa jadi bahan tulisan

  • Published in Berita Dunia

LUAR NEGARA - Anak lelaki Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump Jr melancarkan buku tulisannya.

Buku berunsur provokatif dengan menyasarkan musuh politik Trump itu dipercayai diterbitkan sempena pemilihan presiden tahun hadapan.

Antara yang menjadi sasaran dalam buku berjudul "Triggered" itu ialah Hillary Clinton, Robert Mueller dan media arus perdana.

Buku dengan 300 halaman itu merupakan kombinasi antara memoir dan perbincangan polemik berkisar mengenai perjalanan kempen pemilihan presiden pada 2016.

Ia melonjak ke tangga ketiga senarai jualan tertinggi Amazon selepas Donald Trump mengajak 66.5 juta pengikut di twitter untuk membelinya.

Menurut Trump Jr, buku diterbitkan kerana beliau mendakwa sering mendapat layanan kurang baik di laman media sosial.

Beliau berharap dapat membantu kempen pemilihan presiden melibatkan bapanya.