Wednesday, November 20, 2019
updated 12:42 PM UTC, Nov 20, 2019

Pencemaran udara : penggantungan sepenuhnya pembakaran terbuka

  • Published in Berita Dunia

LUAR NEGARA - Mahkamah India mengarahkan penggantungan sepenuhnya pembakaran terbuka di New Delhi ekoran kualiti udara yang semakin buruk.

Keputusan itu sekaligus menyokong petisyen dikemukakan kumpulan aktivis yang mahu golongan petani menghentikan perbuatan demikian.

Ketetapan itu dibuat mahkamah tertinggi India.

Dalam penghakiman itu, mahkamah memutuskan pembakaran terbuka tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat bertamadun.

Keputusan juga dibuat bagi mengelak implikasi buruk kepada 20 juta penduduk bandar raya berkenaan.

Sekiranya perintah itu dilanggar, keseluruhan organisasi polis perlu bertanggungjawab.

Pembakaran sisa pertanian dan ladang diharamkan negara terbabit.

Namun perkara itu sering tidak diendahkan petani dengan alasan mereka tidak mempunyai pilihan.

Berdasarkan dapatan kajian dalam talian, New Delhi direkodkan sebagai bandar yang mempunyai indeks pencemaran udara paling teruk, diikuti Kolkata.

Senarai itu disusuli bandar Lahore, Pakistan dan Beijng, China.