Wednesday, November 20, 2019
updated 12:42 PM UTC, Nov 20, 2019

Kira-kira 4,000 tan tumpahan minyak telah dibersihkan kerajaan Brazil selepas sebuah kapal tangki dari Venezuela dipercayai bocor

  • Published in Berita Dunia

BAHIA, BRAZIL - Kira-kira 4,000 tan tumpahan minyak telah dibersihkan kerajaan Brazil selepas sebuah kapal tangki dari Venezuela dipercayai bocor.

Kapal tangki yang membawa muatan minyak mentah dipercayai dalam perjalanan dari Venezuela ke Malaysia.

Pihak berkuasa Brazil percaya kapal tersebut dimilik sebuah syarikat perkapalan di Greek iaitu Delta Tankers Limited.

Bagaimanapun syarikat tersebut menafikan kapal tangkinya bocor berdasarkan pengawasan sistem kamera litar di bahagian kapal.

Menurut Presiden Brazil Jair Bolsonaro tumpahan minyak tersebut menjejaskan lebih 321 pantai di negara itu.

Sementara itu polis Brazil akan mendakwa syarikat perkapalan dari Greek itu menerusi siasatan hasil kerjasama Interpol selepas mendapati sebuah kapal tangki Bouboulina dikesan melalui perairan Brazil; September lalu.