Friday, July 28, 2017
vital-top
updated 4:09 AM UTC, Jul 28, 2017

Perancis Mahu Krisis Negara Arab Diselesai Segera

KUWAIT - Menteri Luar Perancis, Jean-Yves Le Drian mendesak agar krisis Qatar dengan empat negara Arab diredakan segera.

Desakan itu disuarakan ketika beliau mengadakan rundingan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam usaha meleraikan kemelut berkenaan.

Beliau mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Sheikh Mohammed bin Zayed al-Nahayan di Abu Dhabi, yang juga timbalan komander ketua angkatan bersenjata UAE.

Abu Dhabi merupakan langkah terakhir dalam lawatan Le Drian ke empat negara Teluk yang bermula hari Sabtu.

((AFP))