Wednesday, May 27, 2020

updated 1:35 PM UTC, May 27, 2020

COVID-19: WHO bimbang angka jangkitan kes cecah sejuta

  • Published in Berita Dunia



SWITZERLAND, 2 April - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melahirkan kebimbangan susulan peningkatan jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia.

Justeru Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus menyeru seluruh dunia untuk terus bersatu melawan COVID-19 memandangkan jumlah jangkitan yang hampir mencecah 1 juta kes.

"Kami kini telah bekerjasama dengan penyelidik-penyelidik di seluruh dunia bagi mencari penawar yang berkesan untuk merawat COVID-19.

"Setakat ini 74 buah negara telah menyertai ujian untuk membandingkan empat jenis ubat selain gabungan beberapa penawar lain," jelasnya.

Menerusi satu posting di laman sosial twitter, badan itu turut menyatakan pihaknya telah mengeluarkan satu garis panduan baru kepada semua negara iaitu menyediakan tempat mencuci tangan di pintu masuk bangunan, pejabat, hentian bas dan stesen kereta api.

WHO turut menggesa kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah kebajikan sosial bagi memastikan individu yang terdedah mempunyai akses makanan sepanjang krisis selain pemberian bantuan kepada negara-negara miskin.