Tuesday, November 19, 2019
updated 4:30 AM UTC, Nov 19, 2019

PM Lubnan sokong pilihan raya umum di awalkan

  • Published in Berita Dunia

BEIRUT - Perdana Menteri Lubnan, Saad Hariri mengumumkan sokongan terhadap tuntutan penunjuk perasaan supaya pilihan raya umum lebih awal diadakan.

Kenyataan dibuat selepas kabinet Lubnan meluluskan pelan pembaharuan ekonomi bagi menamatkan protes besar-besaran rakyat negara itu.

Bagaimanapun, di sebalik kelulusan pelan pembaharuan ekonomi itu, rakyat terus mengadakan bantahan kerana mahukan pembaharuan sektor politik Lubnan.

Mereka mahu lanskap politik Lubnan diisi muka baharu yang boleh membawa idea reformis mengubah sosio ekonomi Lubnan.

Penganjur protes mendakwa, tokoh politik yang terlalu lama memerintah memudahkan berlakunya nepotisme, pembentukan dinasti politik dan rasuah terutama melibatkan ahli keluarga serta sekutu politik.

Perdana Menteri Lubnan sendiri terpalit kontroversi selepas dilaporkan menghantar 16 juta dolar Amerika kepada model Afrika Selatan sedang pekerja syarikat keluarganya diberhentikan kerja dan berdepan masalah pembayaran gaji.

Disebabkan itu, rakyat Lubnan mendesak supaya pilihan raya awal diadakan bagi mereka memilih wakil baharu.