Tuesday, November 19, 2019
updated 4:30 AM UTC, Nov 19, 2019

Speaker Parlimen halang pengundian Brexit kali kedua, Perdana Menteri Brtain berdepan cabaran sukar jayakan Brexit

  • Published in Berita Dunia

UNITED KINGDOM - Usaha Perdana Menteri Britain, Boris Johnson menjayakan pelan Brexit berdepan cabaran sukar apabila Speaker Parlimen, John Bercow tidak membenarkan sesi pengundian perjanjian baharu diadakan kali kedua dalam sesi sidang sama.

Sabtu lalu, Parlimen mengundi menangguhkan undian berhubung perjanjian Brexit baharu dan pada sesi Isnin, Johson mengusulkan sesi pengundian diadakan sekali lagi, namun ditolak Parlimen.

Anggota Parlimen Britain mahu satu keputusan sama ada menyokong perjanjian supaya Brexit ditangguhkan sehingga semua perundangan diperlukan untuk pelaksanaannya diluluskan menerusi Parlimen.

Berdasarkan keputusan itu, Johnson perlu menulis kepada Kesatuan Eropah, E-U bagi memohon penangguhan Brexit sehingga 31 Januari tahun hadapan.

Namun Johnson sudah berulang kali berikrar, beliau tidak akan melakukannya dan tetap mempertahankan pendirian menjayakan Brexit pada 31 Oktober ini.

Dengan keputusan Parlimen itu, fokus kini beralih kepada usaha mendapatkan sokongan anggota Parlimen terhadap perundangan domestik yang disertakan di dalam Rang Undang-undang Perjanjian Pengunduran.