Tuesday, May 26, 2020

updated 12:37 PM UTC, May 26, 2020

Olimpik Tokyo 2020 : Struktur semula latihan dan program atlet

  • Published in Sukan


KUALA LUMPUR, 31 Mac
- Latihan dan program atlet negara akan distruktur semula ekoran penangguhan Sukan Olimpik Tokyo 2020 akibat penularan COVID-19.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia akan dilakukan mengikut perkembangan wabak COVID-19 dan keadaan semasa.

Menurut Reezal Merican, buat masa ini terdapat 35 atlet negara berada dalam senarai nama ke temasya terbesar dunia yang telah dijadualkan dari 23 Julai hingga 8 Ogos 2021 itu manakala 12 daripadanya sudah pun layak.

Beliau turut meyakinkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan sentiasa bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) untuk memastikan kesihatan dan kecergasan atlet negara berada di tahap cemerlang.

Dalam perkembangan lain, Reezal Merican mengesahkan semua 48 atlet termasuk atlet profesional dan atlet di bawah persatuan sukan yang berada di luar negara ketika ini berada dalam keadaan baik dan selamat.