Tuesday, May 26, 2020

updated 12:37 PM UTC, May 26, 2020

Operasi sanitasi di Melaka libatkan 1,233 lokasi tumpuan awam

  • Published in Nasional

BUKIT KATIL, 31 Mac - Proses Nyah Kuman di negeri Melaka libatkan 1,233 kawasan tumpuan awam seluruh negeri secara berperingkat melalui Ops Sanitasi.

Ops berkenaan diletakkan dibawah seliaan 4 Pihak Berkuasa Tempatan negeri, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Angkatan Tentera Malaysia.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan berkata, daripada jumlah berkenaan 460 kawasan dibawah Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Daripadanya, 20 kawasan sudah dijalankan proses terbabit.

Manakala, 256 kawasan tumpuan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) disasarkan untuk operasi berkenaan dengan 8 daripadanya sudah dinyah kuman.

Bagi Majlis Perbandaran Alor Gajah, 286 kawasan disasarkan dengan 28 kawasan sudah dinyah kuman.

Majlis Perbandaran Jasin, 39 kawasan sudah dijalankan Ops Sanitasi dengan 231 kawasan sasaran.

Beliau memberitahu demikian di Ibu Pejabat JBPM Melaka.

Antara lokasi terlibat, rumah ibadat, taman awam dan klinik-klinik kesihatan.