Tuesday, June 2, 2020

updated 10:45 AM UTC, Jun 2, 2020

Hasilkan penutup hidung dan mulut sepanjang tempoh kuarantin

  • Published in Berita Dunia

BUENOS AIRES, 31 Mac - Seorang penduduk Buenos Aires memanfaatkan tempoh kuarantin dengan menghasilkan topeng muka menggunakan pencetak 3D.

Produk yang dihasilkan diderma kepada hospital sekitar Argentina bagi membantu petugas kesihatan yang terlibat pengendalian Covid-19.

Menurut Jorge Waisman, ilham untuk mencipta topeng muka itu hadir selepas 15 hari berada dalam tempoh kuarantin.

Beliau kemudian bekerjasama dengan 70 sukarelawan bagi mengagihkan hasil inovasinya.

Topeng terbabit dihasil menggunakan material plastik dan pencetak yang lazim digunakan di bengkel kereta.

Ia membantu pemakai sentiasa berada dalam keadaan bersih.

Hanya dalam mingggu pertama, 500 topeng muka berjaya dihasilkan dan diagih ke hospital di 20 wilayah Argentina.

Salah seorang doktor yang menerima topeng itu berkata, produk itu digunakan sebagai tambahan kepada alat perlindungan sedia ada.