Friday, July 10, 2020

updated 12:51 PM UTC, Jul 10, 2020

Petugas media dibekalkan dengan pelbagai barangan penjagaan kesihatan

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 30 Mac - Dalam menghadapi wabak COVID-19, ramai pihak tampil menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada para petugas barisan hadapan di beberapa lokasi.

Prihatin terhadap petugas media yang sering ke lapangan untuk membuat liputan dan terdedah kepda risiko jangkitan virus berkenaan, Ketua Bahagian Bersatu Wangsa Maju tampil menghulurkan sumbangan berbentuk topeng penutup mulut dan hidung serta 'hand sanitizer'.

Menurut Ketua Bahagiannya, Mohammed Ridzal Mohd Kamal Ghazalee, ia merupakan tanggung jawab pelbagai pihak termasuk pihaknya untuk membantu petugas media melaksanakan tanggung jawab sebagai penyampai maklumat kepada rakyat.

Sumbangan disampaikan kepada Timbalan Pengarah Seksyen Berita TV, Zuraida Mohammed Arif di Wisma Berita, Angkasapuri.

Selain itu pihaknya juga akan turut memberi sumbangan kepada penduduk-penduduk di sekitar Wangsa Maju dan petugas-petugas dibahagian barisan hadapan.