Tuesday, May 26, 2020

updated 12:37 PM UTC, May 26, 2020

Buka kedai lebih masa, 7 peniaga dikenakan kompaun

  • Published in Berita Semasa

ALOR SETAR, 30 Mac - 7 peniaga dikenakan kompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) d Alor Setar, kerana membuka premis perniagaan melebihi tempoh waktu yang dibenarkan.

Tindakan dibuat dalam operasi Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) malam tadi.

Timbalan Setiausaha MBAS, Mohammad Rizal Mohammad Radzi berkata, kompaun dikeluarkan terhadap pemilik 2 kedai runcit dan 3 kedai makan.

Turut dikompaun, penjual burger dan buah-buahan.

Setiap peniaga dikenakan kompaun RM500 mengikut Seksyen 109 Akta Kerajaan Tempatan.

Sepanjang tempoh PKP sehingga 14 April ini, semua premis kedai makan, penjual buah dan penjaja tepi jalan di bawah kendalian MBAS hanya dibenarkan beroperasi antara pukul 6 pagi hingga 8 malam.