Tuesday, November 19, 2019
updated 6:07 AM UTC, Nov 19, 2019

62 terkorban serangan bom dalam sebuah masjid di timur Nangarhar Afghanistan

  • Published in Berita Dunia

AFGHANISTAN- Serangan bom di dalam sebuah masjid di timur Nangarhar, Afghanistan meragut 62 nyawa dan mencederakan 33 jemaah termasuk kanak-kanak yang sedang mengerjakan solat Jumaat.

Pertubuhan Bangsa Bersatu, P-B-B mengulas serangan itu berkata, tahap keganasan di Afghanistan sudah mencapai tahap yang tidak dapat diterima lagi.

Badan dunia itu mahu pihak melakukan serangan dihukum setimpal dengan keganasan dilakukan mereka.

Setakat ini, tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab dan Taliban mengutuk serangan itu serta ia dilancarkan militan Daesh.

Letupan kuat merobohkan bumbung masjid yang ketika itu dihadiri 350 jemaah untuk bersolat Jumaat.

Serangan berlaku sehari selepas P-B-B mengeluarkan laporan keganasan di Afghanistan sepanjang Julai hingga September menyaksikan seribu 174 kematian dan lebih 3 ribu orang awam cedera.

Situasi itu menurut P-B-B perlu ditangani segera menerusi gencatan senjata dan penyelesaian politik.