Tuesday, November 19, 2019
updated 6:07 AM UTC, Nov 19, 2019

Republikan mahu usul undang-undang sekatan ke atas Turki

  • Published in Berita Dunia

Foto AFP

WASHINGTON - Anggota Republikan di dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat bercadang memperkenalkan undang-undang bagi mengenakan sekatan ke atas Turki susulan operasi tenteranya ke atas Kurdis Syria.

Walaupun Dewan Perwakilan tidak dikuasai Republikan, usul tersebut berpeluang diluluskan memandangkan Demokrat turut mengutuk operasi ketenteraan Turki di utara Syria.

Presiden Donald Trump sebelum ini berulang kali memberi amaran bahawa Turki berdepan sekatan ekonomi termasuk kenaikan tarif import keluli serta penggantungan perjanjian perdagangan ekdua-dua negara.

Bagaimanapun, Ankara mengumumkan akan bertindak balas terhadap sekatan ekonomi Washington ke atasnya.

Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu berkata, semua ancaman Amerika Syarikat itu tidak boleh diterima dan merupakan pendekatan yang merosakkan hubungan kedua-dua negara.

Mesej itu akan disampaikan kepada delegasi Washington ke Ankara diketuai Naib Presiden Mike Pence.

Ketika ini, bank kedua terbesar Turki, Halkbank mula terkena tempias ancaman sekatan ekonomi apabila dituduh di Mahkamah New York atas dakwaan penipuan, penggubahan wang haram dan melanggar sekatan ke atas Iran.