Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Seorang kanak-kanak maut gempa bumi di Filipina

  • Published in Berita Dunia
Foto AFP

DAVAO - Gempa bumi berskala 6.4 skala richter menggegarkan selatan Filipina mengorbankan seorang kanak-kanak dan mencederakan 20 yang lain.

Kediaman penduduk dan premis perniagaan turut mengalami kerosakan selain mencetuskan panik apabila orang ramai lari menyelamatkan diri.

Gempa berlaku petang Rabu berpusat di Cotabato yang mempunyai populasi lebih 30,000 penduduk.

Pihak berkuasa menasihati penduduk supaya mengelak berada di dalam rumah yang mengalami kerosakan kerana bimbang berlaku runtuhan.

Selain menyebabkan bekalan elektrik terputus, gempa susulan dilaporkan berlaku di beberapa kawasan.