Friday, June 5, 2020

updated 3:20 AM UTC, Jun 5, 2020

Tragedi Masjid Christchurch : Lelaki mengaku bersalah

  • Published in Berita Dunia


AUCKLAND, 26 Mac
- Lelaki yang melepaskan tembakan rambang di 2 buah Masjid di New Zealand sehingga mengorbankan 51 nyawa, mengaku bersalah atas semua pertuduhan ke atasnya.

Brenton Harrison Tarrant, 29 tahun, mengaku bersalah membunuh 51 orang, 41 cubaan membunuh dan 1 pertuduhan aktiviti keganasan.

Perkembangan terbaharu itu berlaku selepas warga New Zealand memperingati pemergian mangsa yang maut pada 15 Mac tahun lepas.

Serangan yang di buat secara langsung di Facebooknya itu menyasarkan mereka yang menunaikan solat sekaligus mengejutkan masyarakat antarabangsa.

Susulan tragedi berkenaan, New Zealand turut menguakuasa undang-undnag baharu bagi pemilikan senjata api.

Tarran muncuk di mahkamah menerusi sidang video dari penjara di Auckland selepas negara itu menguatkuasakan perintah berkurung akibat pandemik COVID-19.

Hakim belum memutuskan tarikh hukuman terhadap Tarant namun dia akan berdepan penjara seumur hidup.