Friday, June 5, 2020

updated 2:42 AM UTC, Jun 5, 2020

COVID 19: Thailand darurat, warga asing bergegas keluar

  • Published in Berita Dunia



BANGKOK, 26 Mac
- Perintah darurat di Thailand, menyebabkan jalan-jalan utama di Bangkok lengang.

Ramai penduduk berkata, langkah itu sudah pasti satu langkah yang sukar apabila seluruh bandar tidak beroperasi sepenuhnya.

Di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, ramai pelancong bergegas mendapatkan tiket pesawat untuk meninggalkan negara itu.

Di bawah dekri darurat, semua pusat beli-belah, pusat hiburan dan venue sukan diarah tutup.

Semua lokasi tarikan pelancongan, tapak keagamaan, muzium, perpustakaan dan taman rekreasi juga ditutup.

Sehingga 30 April, semua warga asing akan dilarang memasuki negara itu.

Langkah-langkah lebih ketat dikenakan bagi membendung penularan COVID-19 selepas Thailand mencatat sejumlah 934 kes dengan 4 kematian.