Sunday, 27 September 2020

updated 12:39 PM UTC, Sep 27, 2020

India kenakan perintah berkurung 3 minggu basmi Covid-19

  • Published in Berita Dunia

 

NEW DELHI, 26 Mac - Perintah berkurung selama 21 hari atau 3 minggu dikenakan di India.

Pengumuman di buat Perdana Menteri, Narendra Modi yang secara tegas mengajak rakyatnya patuh arahan bagi mengelak rantaian jangkitan Covid-19.

Langkah berkenaan bermakna, 1.3 bilion penduduknya kini berada di bawah perintah berkurung.

Dalam perutusan yang disiarkan secara langsung di televisyen, Modi turut memperuntukkan US2 bilion untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan.

Susulan pengumuman Modi, orang ramai beratur panjang untuk membeli pelbagai barangan keperluan.

India sebelum ini telah mengenakan arahan duduk di rumah secara beransur-ansur dan melarang penerbangan anatarabangsa serta domestik selain menggantung perkhimatan tren.

Setakat ini 657 kes Covid-19 di laporkan di India dengan 12 kematian.