Logo

Itali catat lebih 74,300 kes positif Covid-19

 

ROME, 26 Mac - Jumlah kematian akibat Covid-19 di Itali kini meningkat kepada 7,503 orang.

Negara itu juga mencatatkan 74,386 kes jangkitan COVID-19.

Dengan jumlah kematian melebihi 7,000 orang, ia mengatasi China yang mencatat jumlah kematian 3,200 orang.

Malah Itali juga berada di kedudukan kedua tertinggi di dunia yang mencatat kes positif COVID-19 selepas China.

Menurut Ketua Pengarah Perlindungan Awam, Angelo Borrelli, jumlah keseluruhan 74,000 orang telah dijangkiti.

Dengan pertambahan kes setiap hari, sektor kesihatan negara itu kini terjejas teruk dan seluruh hospital berdepan kesukaran.

Malah para petugas kesihatan juga berdepan tekanan.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.