Tuesday, 14 July 2020

updated 12:35 PM UTC, Jul 14, 2020

Pamer keranda elak rakyat keluar rumah

  • Published in Berita Dunia

PAMPANGAN, FILIPINA, 25 Mac - Bagi mengurangkan rakyat keluar dari rumah dalam usaha memerangi penularan pandemik COVID-19.

Polis di bandar Pampanga, Filipina bertindak menggunakan keranda sebagai bantuan visual menyampaikan mesej kepada umum.

Keranda dipamerkan dengan mesej "duduk di rumah atau masuk ke dalam keranda".

Ia bertujuan memberi amaran kepada orang ramai sekiranya mereka tidak menghormati tempoh kuarantin semasa, mereka sebenarnya merisikokan nyawa sendiri.

Ketua Polis Balai Perbandaran St. Tomas, Nestor Bulatao berkata, virus berkenaan tidak sewajarnya dipandang remeh dan pegawainya sudah letih menasihatkan masyarakat dengan pelbagai cara.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengarahkan republik itu berada dalam kuarantin komuniti yang dipertingkat sekaligus jutaan penduduk perlu duduk di rumah untuk mengekang penularan coronavirus.