Saturday, May 30, 2020

updated 1:41 AM UTC, May 30, 2020

Melaka sambut baik sekiranya SUKMA 2020 ditunda

  • Published in Sukan

CHENG, 25 Mac - Kerajaan Negeri Melaka menyambut baik sekiranya Sukan Malaysia (SUKMA) 2020 ditunda demi keselamatan dan kesihatan atlet.

Exco Belia, Sukan dan NGO Melaka, Datuk Mohd Rafiq Naiza Mohideen berkata, Melaka akan menerima segala ketetapan yang bakal diumum Kementerian Belia dan Sukan.

Beliau menyatakannya selepas memberi sumbangan kepada petugas kesihatan dan keselamatan di Klinik Cheng, Melaka.

Johor dilantik menjadi tuan rumah SUKMA buat kali ke-2 selepas julung kali penganjurannya pada tahun 1992.

Mengikut jadual, SUKMA dijadual berlangsung dari 11 hingga 19 Julai depan.