Friday, June 5, 2020

updated 2:21 AM UTC, Jun 5, 2020

Hubei kini bebas sekatan perjalanan

  • Published in Berita Dunia

CHINA, 25 Mac - Pihak berkuasa China menarik balik sekatan perjalanan ke wilayah Hubei setelah 2 bulan dalam perintah berkurung.

Langkah berkenaan di buat susulan kes domestik COVID-19 terus menunjukkan penurunan ketara.

Dengan langkah berkenaan, individu yang sihat akan dibenar untuk meninggalkan wilayah berkenaan.

Bagaimanapun bandar Wuhan, dimana tercetusnya wabak pandemik COVID-19, dikesan pada akhir Disember 2019, hanya boleh berbuat demikian pada 8 April.

Di Wuhan kehidupan rakyatnya kembali pulih apabila di benar keluar rumah bagi membolehkan mereka membeli belah.

Lebih 6 ribu penduduk disahkan bebas COVID-19 dan dibenar membeli barangan keperluan harian.

Menurut laporan stesen penyiaran televisyen CCTV, 55 buah hospital di Wuhan telah kembali beroperasi seperti biasa.

China melarang mana-mana individu keluar atau memasuki Wuhan sejak 23 Januari lalu.