Sunday, 27 September 2020

updated 12:39 PM UTC, Sep 27, 2020

Singapura catat 49 kes baharu Covid-19

  • Published in Berita Dunia

SINGAPURA, 25 Mac - 49 kes baharu positif COVID-19 dilapor di Singapura, menjadikan jumlah keseluruhan 558 kes.

Daripada jumlah itu, 32 adalah kes dari luar melibatkan 25 warga Singapura yang kembali ke negara itu.

sekurang-kurang 14 daripada kes itu mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom dan 5 telah ke Amerika Syarikat.

Pasukan Petugas mengumumkan beberapa langkah yang lebih tegas untuk meminimumkan penularan wabak COVID-19 di republik itu.

Antaranya, pemegang pas kerja atau tanggungan mereka yang meninggalkan Singapura mulai 27 Mac, 2020 tidak akan diberi keutamaan untuk mendapatkan kebenaran masuk.