Logo

Masalah penjaja, nelayan, petani dan penoreh getah ketika PKP akan diatasi segera

KEDAH, 25 Mac - Masalah yang dihadapi penjaja, nelayan, petani dan penoreh getah di Kedah yang hilang pendapatan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan segera diatasi.

Menteri Besar, Datuk Seri Utama Muhkriz Tun Mahathir berkata beberapa kaedah akan digunakan dalam usaha membantu golongan itu.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di Bilik Gerakan majlis keselamatan Negara Peringkat negeri Kedah di Alor Setar.

Selain diberikan taklimat beliau turut melihat laporan-laporan di peringkat daerah, jabatan dan agensi kerajaan.

Sementara itu dalam keadaan bekalan import semakin berkurangan, beliau berharap bekalan keperluan asas termasuk, beras, daging, ayam dan ikan ditingkatkan.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.