Friday, November 22, 2019
updated 4:01 PM UTC, Nov 22, 2019

Taufan Hagibis: Angka korban meningkat

  • Published in Berita Dunia
Foto AFP

TOKYO - Jumlah korban Taufan Hagibis mencecah 35 orang manakala 20 masih hilang dengan hampir 200 dilapor mengalami kecederaan.

Demikian menurut Agensi Berita NHK menerusi laman twitternya.

Bagaimanapun menurut laporan media tempatan, angka korban telah mencapai 35 orang.

Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshihide Suga berkata, lebih 100,000 anggota penyelamat termasuk 31,000 tentera mencari mangsa yang terperangkap dalam runtuhan bangunan serta banjir kilat sejak malam tadi.

Dalam pada itu Kementerian Tanah Jepun dalam kenyataannya mengesahkan sekurang-kurangnya sembilan buah sungai mengalami hakisan dan runtuhan tebing sekali gus menyebabkan peningkatan mendadak paras air.

Syarikat Tenaga Elektrik Jepun dalam pada itu menasihati orang ramai tidak menghampiri kawasan berair terutama di lokasi berlaku runtuhan sumber elektrik kerana dikhuatiri terkena renjatan.

Lebih 100,000 kediaman di Tokyo terputus bekalan tenaga.

Manakala 800 penerbangan tempatan dibatalkan semalam.