Tuesday, November 19, 2019
updated 5:21 AM UTC, Nov 19, 2019

Tentera Ecuador tingkat kawalan di Quito

  • Published in Berita Dunia

QUITO - Pasukan tentera Ecuador meningkatkan kawalan di ibu negara menjelang rundingan melibatkan ketua penduduk pribumi dan kerajaan pimpinan Lenin Moreno.

Protes ganas di Quito menyaksikan peserta melancarkan serangan ke atas bangunan kerajaan dan pejabat media.

Buat masa ini, perintah berkurung 24 jam masih berkuatkuasa bagi membendung rusuhan berulang semula.

Selain itu, infrastruktur penting seperti stesen jana kuasa dan hospital turut diberi perhatian pasukan tentera.

Tentera juga mengawal ketat jalan utama dan taman berhampiran Parlimen Ecuador selepas perusuh membakar beberapa pejabat kerajaan.

Protes sejak 11 hari lalu mencapai kemuncak apabila peserta memasuki ibu negara bagi menarik perhatian kerajaan terhadap isu kenaikan harga bahan api susulan pemansuhan subsidi.