Saturday, May 30, 2020

updated 1:41 AM UTC, May 30, 2020

Malaysia mohon bantuan pakar perubatan China tangani penularan COVID-19 menerusi sidang video

  • Published in Nasional

PUTRAJAYA, 24 Mac - Perbincangan sedang diusahakan dengan kerajaan China bagi memohon bantuan untuk menghantar pakar khususnya dalam bidang perubatan ke negara ini dengan kadar segera.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ia antara usaha dilakukan Wisma Putra dalam mengekalkan hubungan baik Malaysia dengan negara-negara luar bagi mendapatkan bantuan menangani pandemik global COVID-19.

Dalam sidang media, disiarkan secara langsung menerusi Facebooknya, Datuk Seri Hishamuddin berkata, Khamis ini satu sidang video akan diadakan antara pakar perubatan Malaysia dengan negara itu.

Tambahnya, Malaysia juga akan mendapatkan bantuan peralatan perubatan dari Emiriyah Arab Bersatu dalam masa terdekat.