Logo

Jepun kerah 27 ribu anggota keselamatan bantu usaha menyelamat penduduk terjejas

KAWASAKI (JEPUN) - Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe telah mengarahkan penubuhan jawatankuasa khas bagi membantu penduduk terjejas dan meneliti kemusnahan yang berlaku.

Seramai 27 ribu anggota keselamatan dikerah bagi membantu mangsa dan Shinzo dilaporkan akan menambah bilangan anggota keselamatan sekiranya situasi bencana semakin buruk.

Setakat ini pengangkutan kereta api laju yang menjadi kebanggaan negara matahari terbit itu terpaksa dihenti sementara berikutan ada landasan dinaiki air.

Sementara itu di bandar Kawasaki, kira-kira 18 kilometer dari Tokyo, kawasan perumahan, lorong dan jalan masih dinaiki air.

Sementar itu penduduk berharap d bantuan makanan terutamanya segera dihulur berikutan premis perniagaan masih tidak beroperasi.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.