Logo

COVID-19 : Pantau 39 lapangan terbang di Malaysia



SEPANG, 21 Mac
- Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan, Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) melaksanakan langkah-langkah pemantauan dan pencegahan COVID-19 di 39 lapangan terbangnya di seluruh negara.

Syarikat penerbangan itu menerusi kenyataan media menegaskan, tindakan terbabit bagi mengekalkan tahap kebersihan yang optimum sekaligus mengekang penularan COVID-19 di kawasan tumpuan orang ramai.

Selain menggantikan pemeriksaan cap jari kepada pengimbasan kad sebagai akses masuk lapangan terbang, syarikat itu juga telah meletakkan penanda jarak bagi setiap 1 meter di beberapa lokasi penting seperti kaunter daftar masuk, imigresen dan kawasan beratur.

Sementara itu, jumlah pekerja yang bertugas di lapangan terbang turut dihadkan.

Pengimbas terma digunakan untuk memeriksa suhu badan penumpang.

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.