Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Turki lancarkan serangan ketenteraan ke atas pasukan bersenjata Kurdish, di Syria

  • Published in Berita Dunia

SYRIA - Turki melancarkan serangan ketenteraan ke atas pasukan bersenjata Kurdish, di Syria, pada Rabu. 

Presiden, Recep Tayyip Erdogan, mengumumkan perkara berkenaan dalam laman twitter.

Serangan memaksa ribuan orang awam, meninggalkan kediaman masing-masing.

Sekurang-kurangnya 15 terbunuh, manakala lebih 40 yang lain cedera.

Pasukan Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria, mengesahkan lapan daripada angka korban merupakan orang awam dan dua terkorban dalam serangan udara.

Serangan, telah mencetuskan kecaman antarabangsa dan Majlis Keselamatan PBB telah menetapkan satu mesyuarat khas pada Khamis, bagi membincangkan mengenai operasi ketenteraan turki ke atas pasukan bersenjata kurdish.

Wartawan AFP turut melaporkan berlakunya letupan di kawasan Ras Al-Ain.