Tuesday, October 22, 2019
updated 1:08 AM UTC, Oct 22, 2019

Penyiasat Perancis mula memeriksa lokasi kebakaran loji kimia Lubrizol di bandar pelabuhan Rouen; 12 hari selepas insiden itu berlaku

  • Published in Berita Dunia

PERANCIS - Penyiasat Perancis mula memeriksa lokasi kebakaran loji kimia Lubrizol di bandar pelabuhan Rouen; 12 hari selepas insiden itu berlaku.

Dapatan awal mendapati buah dan sayuran yang ditanam di ladang berhampiran tidak tercemar dengan insiden.

Pasukan penyiasat bagaimanapun menyatakan bahawa analisis lanjutan perlu dilakukan bagi mengesahkan dapatan terbabit.

Justeru, setakat ini larangan memetik buah dan sayuran di ladang di kawasan Normandu dan Hauts-de-France masih berkuatkuasa.

Loji kimia yang dimiliki jutawan Amerika Syarikat Warren Buffet, terbakar pada pagi 26 September dan mengeluarkan asap tebal melebihi tempoh 24 jam.

Lebih 5 ribu tan bahan kimia dilaporkan terbakar sekali gus mencetuskan kebimbangan masyarakat sekitar yang majoritinya terdiri daripada komuniti peladang.

Lebih 130 aduan dilaporkan dibuat terhadap pengeluar bahan kimia itu terutama yang membabitkan dakwaan "membahayakan nyawa orang lain