Peserta Tabligh dari Kedah yang sertai perhimpunan di Masjid Jamek Seri Petaling dimohon buat saringan Covid-19

ALOR SETAR, 20 Mac - Masih ada peserta dari Kedah yang menyertai perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling bulan lepas, belum membuat pemeriksaan saringan jangkitan COVID-19.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Kedah, Dr. Mohd Hisham Ahmad Kushairi menasihati mereka segera berbuat demikian dengan menghubungi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Negeri.

Menurutnya, peserta perhimpunan tabligh itu termaktub di bawah perintah pengawasan dan pemerhatian Seksyen 15 (1), Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Proses kuarantin selama 14 hari bermula mengikut tarikh akhir perhimpunan bagi peserta dan kontak rapat kepada kes positif COVID-19.