Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Perintah berkurung dilaksanakan kerana tunjuk perasaan berikutan kenaikan harga minyak di Ecuador

  • Published in Berita Dunia

ECUADOR - Tunjuk perasaan di Ecuador ekoran kenaikan harga minyak memuncak apabila peserta demonstrasi memecah masuk bangunan Kongres.

Ekoran itu, Presidennya Lenin Moreno mengarahkan perintah berkurung dilaksanakan pada sebelah malam bagi mengelak bangunan awam diceroboh.

Aksi penunjuk perasaan yang rata-ratanya etnik orang asli bersenjatakan kayu dan rotan memecah masuk kawalan keselamatan disiarkan dalam sebuah saluran televisyen tempatan.

Mereka dilihat meluru masuk ke bilik mesyuarat bangunan kongres dan menawan podium.

Peserta demonstrasi kemudiannya berjaya dileraikan pasukan keselamatan.

Tindakan luar jangka itu membawa kepada arahan perintah berkurung.

Selain, orang asli, protes sejak seminggu lalu itu turut disertai ahli kesatuan sekerja bidang pengangkutan dan pelajar.

Penghapusan subsisi minyak yang dinikmati rakyat Ecuador sejak empat dekad lalu itu adalah sebahagian daripada persetujuan yang dicapai dengan Tabung Kewangan Antarabangsa bagi memperoleh pembiayaan