Tuesday, October 22, 2019
updated 1:15 AM UTC, Oct 22, 2019

Kurdish Syria bimbang serangan Turki beri peluang kepada Daesh

  • Published in Berita Dunia

QAMISHLI (Syria) - Ketua Pentadbiran Hubungan Luar Kurdis, Abdulkarim Omar berkata, serangan Turki ke atas mereka di utara Syria dibimbangi memberi peluang kepada militan Daesh menyusun semula pasukan di Syria.

Ini kerana, anggota Daesh serta keluarga ditahan di beberapa lokasi di utara Syria selepas kejayaan operasi diketuai Amerika Syarikat.

Manakala, ramai ketua militan Daesh masih bersembunyi di Syria.

Serangan tentera Turki dibimbangi akan membebaskan mereka dan seterusnya memberi peluang kepada Daesh untuk membina semula kekuatan di Syria.

Kawasan paling ramai anggota Daesh ditahan adalah Raqa dan Deir Ezzor.

Bagaimanapun, perkara itu tidak membimbangkan Turki kerana beliau akan bekerjasama dengan kerajaan Eropah menangani isu tahanan Daesh yang terdiri daripada pelbagai warganegara.