Logo

COVID-19 : Hebahan maklumat wabak di seluruh Perak

IPOH, 18 Mac - Jabatan Penerangan Negeri Perak menggerakkan kenderaan Hebahan Unit Bergerak bagi menyalurkan maklumat berkaitan COVID–19, di seluruh negeri itu.

Hebahan melibatkan maklumat Perintah Kawalan Pergerakkan, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit berkuatkuasa hari ini hingga 31 Mac.

Pengarah Jabatan Penerangan Perak, Mohd Taib Ubah, menjelaskan hebahan melibatkan 12 daerah yang dibuat 2 kali sekali.

Menurutnya, hebahan akan dilaksana di beberapa tempat yang menjadi tumpuan rakyat seperti kawasan membeli-belah.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.