Logo

Perjalanan rentas negeri perlu kebenaran polis

BUKIT AMAN, 17 Mac - Polis menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan kebenaran dan mengisi borang yang disediakan di balai polis berhampiran sebelum memulakan perjalanan rentas negeri mulai esok hingga 31 Mac ini.

Meskipun ini bukan perintah berkurung, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador menegaskan, ia sebagai langkah keselamatan yang serius.

Justeru, orang ramai diharap tidak melanggar perintah berkenaan.

Sesiapa yang ditahan dan gagal mengemukakan dokumen sokongan kebenaran perjalanan daripada Ketua Balai Polis akan berdepan tindakan dan boleh didakwa di bawah Akta 342 dan Akta 344 yang membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda, atau kedua duanya sekali.

Tan Sri Hamid menyatakannya dalam sidang media khas di Bukit Aman.

Kebenaran rentas negeri akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.