Monday, November 18, 2019
updated 2:49 PM UTC, Nov 18, 2019

Kesatuan sekerja umum mogok besar-besaran Rabu ini

  • Published in Berita Dunia

PAMBAMARQUITO - Barisan Pekerja Bersatu mengumumkan mogok besar-besaran diadakan Rabu ini bagi membantah pemotongan subsidi oleh kerajaan pimpinan Presiden Lenin Moreno.

Sementara itu, penduduk peribumi menyertai kumpulan kesatuan sekerja Ecuador dan gerakan pelajar bagi meneruskan protes terhadap kerajaan susulan kenaikan harga bahan api.

Mereka berikrar meneruskan protes selepas Moreno enggan menarik balik langkah penjimatan kerajaan yang dikuatkuasa sejak Khamis minggu lalu.

Dasar itu dilaksana bagi Ecuador mendapatkan pinjaman Dana Kewangan Antarabangsa, I-M-F bernilai 4 perpuluhan 2 bilion dolar Amerika menyebabkan harga bahan api naik dua kali ganda.

Moreno menjelaskan, subsidi minyak sudah dilaksanakan selama 40 tahun telah menyebabkan ekonomi negara tidak berkembang pesat.

Sejak dilaksanakan, pelbagai kumpulan melancarkan protes termasuk mogok oleh kesatuan sekerja pengangkutan dengan jumlah ditahan semakin meningkat kepada 350 orang.

Kesatuan sekerja kemudian menangguhkan mogok pada Jumaat apabila kerajaan sedia mendengar tuntutan mereka.

Bagaimanapun, penduduk pribumi dan kesatuan sekerja terbesar Ecuador, berikrar meneruskan protes dengan usaha terbaharu melibatkan penutupan jalan raya.

Bagi menangani situasi, Moreno telah mengumumkan darurat selama dua bulan bagi membendung kemarahan rakyat.