Logo

Pemandu teksi parah dibelasah insiden keganasan di Hong Kong

HONG KONG - Protes hujung minggu di Hong Kong terus dicemari insiden keganasan termasuk seorang pemandu teksi parah dibelasah di Sham Shui Po.

Selain itu, perarakan anti-kerajaan berakhir dengan serangan ke atas bangunan kerajaan, stesen keretapi dan premis perniagaan.

Pemandu teksi bersama seorang penumpang parah dibelasah perusuh apabila kenderaan memasuki laluan perarakan.

Menurut polis, lelaki terlibat pengsan ketika diselamatkan pasukan keselamatan dan segera dibawa ke hospital.

Selepas protes berakhir empat orang terpaksa dirujuk ke hospital dengan 3 daripadanya dalam keadaan parah termasuk pemandu teksi berkenaan.

Sementara itu, kedai Starbuck di Wanchai merupakan salah satu premis diserang perusuh selepas salah seorang ahi keluarga pemilik rangkaian restoran itu mengeluarkan kenyataan membantah demonstrasi kerana menjejaskan perniagaan.

Premis tersebut rosak teruk selepas diserbu penunjuk perasan radikal.

 

Hak Cipta Terpelihara © 2015 Radio Televisyen Malaysia.