Friday, May 26, 2017
vital-top
updated 3:42 PM UTC, May 26, 2017

Rempuhan Di New York Didakwa Tiada Kaitan Dengan Keganasan

NEW YORK - Seorang wanita terbunuh, manakala 22 orang cedera akibat dirempuh sebuah kereta yang dipandu seorang pesara tentera laut Amerika Syarikat di Times Square, New York.

Menurut Datuk Bandar New York City, Bill de Blasio, meskipun suspek mempunyai rekod jenayah lampau, namun tiada petunjuk atau bukti yang mengaitkan kejadian itu dengan keganasan, setakat ini. 

Suspek lelaki berusia 26-tahun dari Bronx itu kini dalam tahanan pihak polis. 

Dia pernah ditahan beberapa kali sebelum ini, termasuk atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk.

Times Square merupakan salah satu lokasi paling popular dalam kalangan pelancong asing di New York.

Setiap hari, kira-kira 300,000 orang melalui jalan di sepanjang Times Square.


((AFP))