Wednesday, September 20, 2017
vital-top
updated 4:01 PM UTC, Sep 20, 2017

Banjir Di Kawasan Pantai Lebih Kerap Menjelang Tahun 2050 - Laporan Saintifik

NEW YORK  - Peningkatan paras air laut kesan pemanasan global akan meningkatkan kekerapan banjir di kawasan pantai di seluruh dunia secara mendadak menjelang tahun 2050.

Ia terutamanya di negara-negara tropika. 

Demikian menurut laporan penyelidikan dalam jurnal Laporan Saintifik. 

Laporan itu menyebut, antara 10 hingga 20 sentimeter kenaikan paras laut menjelang tahun 2050 akan meningkatkan risiko banjir di kawasan altitut tinggi.

Antara bandar-bandar besar yang diramal terjejas ialah di sepanjang pesisir pantai Amerika Utara, seperti Vancouver, Seattle, San Francisco dan Los Angeles, serta di bandar-bandar di sepanjang Lautan Atlantik di Eropah.


((AFP))