Friday, July 28, 2017
vital-top
updated 4:09 AM UTC, Jul 28, 2017

Rundingan Brexit Tidak Akan Bermula Pertengahan Jun - Suruhanjaya Eropah

LONDON - Rundingan Brexit tidak akan dimulakan sebelum pertengahan Jun.

Keputusan itu mengambil kira tarikh pilihan raya umum United Kingdom yang dijadual diadakan pada 8 Jun.

Demikian menurut minit mesyuarat Suruhanjaya Eropah.

Mesyuarat eksekutif EU itu diadakan awal bulan ini, sebelum para menteri luar EU dijadual memberi Ketua Perunding Eropah bagi Brexit, Michel Barnier mandat untuk memulakan rundingan tersebut bagi pihak 27 negara anggota EU.

((AFP))