Friday, May 26, 2017
vital-top
updated 3:42 PM UTC, May 26, 2017

Jawatankuasa Pakar Perlembangaan Bakal Ditubuh Di Syria

GENEVA - Pihak-pihak bertelagah di Syria bersetuju menubuhkan sebuah jawatankuasa pakar, bagi membincangkan isu berkaitan perlembagaan.

Penubuhan jawatankuasa pakar itu merupakan hasil konkrit pertama daripada rundingan damai pusingan keenam mengenai konflik Syria yang sedang berlangsung di Switzerland.

Ini dinyatakan Utusan Khas PBB ke Syria, Staffan de Mistura menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan pejabatnya di Geneva.

((AFP))