Friday, July 28, 2017
vital-top
updated 4:09 AM UTC, Jul 28, 2017

Trump Desak Siasatan Kempen Tahun Lalu Melibatkan Rusia Dipercepat

WASHINGTON - Presiden Donald Trump menggesa agar siasatan mengenai penglibatan Rusia dalam kempennya pada Pilihan Raya Presiden, tahun lepas, dipercepat.

Dalam satu kenyataan, Trump bagaimanapun yakin hasil siasatan menyeluruh itu akan mengesahkan bahawa tiada pakatan sulit dalam kempennya dengan mana-mana entiti asing.

Trump menyatakan demikian tanpa mengulas mengenai pelantikan bekas Ketua FBI, Robert Mueller sebagai penyiasat khas oleh Jabatan Kehakiman.

((AFP))