Saturday, November 18, 2017
vital-top
updated 9:15 AM UTC, Nov 18, 2017

Angka Pelarian Kanak-kanak Tanpa Penjaga Meningkat

NEW YORK - Jumlah pelarian kanak-kanak tanpa penjaga, meningkat lima kali ganda sejak 2010.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) dalam laporannya menyebut 300,000 kanak-kanak berkenaan direkodkan di seluruh dunia pada tahun 2015/2016, meningkat daripada 66,000 pada tahun 2010/2011.

Timbalan Pengarah Eksekutif, Justin Forsyth berkata, daripada 300,000 itu, 100,00 ditahan ketika cuba menyeberangi sempadan Mexico ke Amerika Syarikat.

Manakala 200,000 lagi telah memohon sebagai pencari suaka di 80 negara, termasuk 1,700 kanak-kanak di Eropah.

Laporan itu menyaksikan kira-kira 92-peratus daripada kanak-kanak, belayar sendirian ke Itali antara tahun 2016 hingga hujung Februari 2017 berbanding 75 peratus pada 2015.


((DPA))