Wednesday, September 20, 2017
vital-top
updated 4:01 PM UTC, Sep 20, 2017

Seorang Kanak-kanak Diculik Bako Haram Berjaya Larikan Diri

ABUJA - Kerajaan Nigeria mengumumkan seorang lagi kanak-kanak Chibok yang diculik bersama lebih 200 rakan sekelasnya, tiga tahun lalu, berjaya meloloskan diri daripada kumpulan Boko Haram.

Kenak-kanak berkenaan ditemui tentera Nigeria.

Jurucakap Presiden, Femi Adesina berkata perkara itu dimaklumkan Timbalan Presiden Yemi Osinbajo dalam mesyuarat kabinet.

Kanak-kanak tersebut telah dibawa ke Abuja.

Setakat ini, 107 kanak-kanak daripada 219 yang diculik pada April 2014, telah berjaya dibebaskan.

((AFP))