Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Hasrat tubuh kerajaan zionis yang kuat, cegah kerajaan anti-zionis

  • Published in Berita Dunia

ISRAEL - Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, pada awal rabu, memaklumkan sedang menunggu keputusan rasmi pilihan raya, dan bersedia mengadakan rundingan untuk membentuk kerajaan zionis yang kuat. 

Bercakap dihadapan penyokongnya pada perhimpunan pasca pilihanraya di Tel Aviv, dengan yakin beliau menyatakan akan menubuhkan kerajaan zionis yang kuat dan mencegah kerajaan anti-zionis yang berbahaya.

Kenyataan itu berdasarkan hari pengundian pada Selasa yang menyaksikan dia ditentang sengit, Bekas Ketua Tentera, Benny Gantz dari Parti Biru dan Putih.

Malah, Netanyahu seperti memberi petunjuk keterbukaannya untuk membentuk kerajaan perpaduan, tetapi tidak secara khusus menyatakan demikian.

Beliau merupakan Perdana Menteri Israel paling lama berkhidmat dalam sejarah politik negara itu.