Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Sempena SUKMA Johor 2020, kontinjen Perlis sasar kutip 25 pingat

  • Published in Sukan

PERLIS, 25 Feb - Kontinjen Perlis menyasarkan kutipan keseluruhan 25 pingat iaitu 8 emas, 7 perak dan 10 gangsa.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Hamizan Hassan 25 acara sukan bakal disertai Perlis.

Antara sukan yang menjadi prospek emas buat kontinjen negeri adalah angkat berat, olahraga, boling padang dan petanque.

Sasaran ditetapkan sedikit menurun berbanding pencapaian di SUKMA Perak lalu dengan memperoleh 12 pingat emas, 7 perak dan 13 gangsa, keseluruhannya 32 pingat.

Bagi edisi SUKMA Johor ini, kontinjen Perlis bakal menghantar 403 atlet dan pegawai.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Jemputan Rasmi Kontinjen Negeri Perlis Sempena SUKMA Johor.

Temasya Sukma Johor dijadual diadakan 11 hingga 19 Julai depan.