Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Agong berkenan kurnia surat cara lantikan Hakim Besar Sabah dan Sarawak berkuatkuasa hari ini

  • Published in Nasional

KUALA LUMPUR, 25 Feb - Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustaffa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan bagi jawatan Hakim Besar Sabah dan Sarawak kepada Datuk Abang Iskandar Abang Hashim berkuatkuasa hari ini.

Datuk Abang Iskandar berusia 61 tahun menggantikan Tan Sri David Wong Dak Wah yang bersara wajib.

Datuk Abang Iskandar berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Malaya.

Sebelum ini memegang jawatan Hakim Mahkamah Persekutuan.

Istiadat yang berlangsung di Singgahsana Kecil Istana Negara dihadiri Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat.