Friday, May 29, 2020

updated 4:56 AM UTC, May 29, 2020

Kedai, pasar raya di Wuhan ditutup kepada semua pelanggan

  • Published in Berita Dunia

WUHAN, 24 Feb - Kedai dan pasaraya di Wuhan, China ditutup kepada semua pelanggan sebagai sebahagian langkah ketat oleh kerajaan tempatan bagi mencegah penyebaran COVID-19.

Di wilayah Hubei, penduduk kekurangan bekalan harian sejak akhir Januari lalu apabila pihak berkuasa China menutup wilayah itu.

Hampir 11 juta penduduk juga tidak dibenarkan keluar daripada wilayah itu.

Jalan-jalan utama tiada kenderaan manakala banyak kedai telah ditutup.

Kedai dan pasar raya telah menjalankan perkhidmatan penghantaran bagi meminimumkan hubungan manusia dengan manusia.

Selain di wilayah Hubei, jangkitan wabak di luar negara China terus membimbangkan pihak berkuasa kesihatan.

Semalam, Korea Selatan melaporkan kematian keempat akibat virus itu dengan 123 kes baharu.

Ia menjadikan jumlahnya mencapai 556 kes, meningkat dua kali ganda dari Jumaat hingga Sabtu.