Wednesday, October 16, 2019
updated 3:08 PM UTC, Oct 16, 2019

Pihak berkuasa Indonesia sudah menahan 185 orang bagi siasatan kes kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan

  • Published in Berita Dunia

PEKANBARU - Pihak berkuasa Indonesia sudah menahan 185 orang bagi siasatan kes kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan.

Jurucakap polis Indonesia, Dedi Prasetyo menegaskan, pihaknya akan mengambil tindakan kepada suspek yang terbukti melakukan pembakaran sama ada secara sengaja atau tidak.

Amalan pembakaran hutan merupakan perkara biasa bagi membersihkan hutan untuk perladangan.

Namun, musim kering ketika ini menyebabkan masalah jerebu semakin teruk bukan sahaja di Indonesia tetapi beberapa negara berjiran.

Masalah jerebu juga memberi kesan kepada pelajar sekolah apabila institusi pendidikan terpaksa ditutup kerana risiko kesihatan.

Selain penangkapan suspek, pihak berkuasa turut menyiasat beberapa syarikat perladangan yang disyaki mengamalkan pembakaran hutan.

Pihak berkuasa Indonesia mengakui bahawa penahanan suspek merupakan usaha terakhir membendung gejala pembakaran hutan kerana perkara paling utama diberi penekanan adalah pencegahan.